Berita Hari Ini

UEC: Tidak Adil Kepada Pelajar Aliran Menengah Kebangsaan

SHAH ALAM – Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dilihat berat sebelah dan tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah di negara ini.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, jika Kementerian Pendidikan mengiktiraf UEC, ia dilihat berlaku tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah kebangsaan yang sedia mengikuti silibus dalam dasar pelajaran kebangsaan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya bersifat melindungi sijil peperiksaan di peringkat menengah yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Mereka yang bersekolah persendirian Cina dan mengikuti sijil UEC ini sebenarnya tidak yakin dengan dasar pelajaran kebangsaan sebab itu mereka memilih untuk belajar dalam satu sistem di luar dasar pendidikan kebangsaan.

“Maka ia tidak adil kepada puluhan ribu pelajar yang setia dan yakin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pelajar yang mengikuti sijil UEC tidak sanggup berada dalam dasar pelajaran kebangsaan tetapi di penghujungnya mereka mahu berada dan tersenarai dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan UEC selesai sebelum hujung tahun ini.

Nie Ching dalam kenyataannya mahu isu berkaitan pengiktirafan UEC dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pula mengumumkan, pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu sebagai memenuhi sebahagian janji Pakatan Harapan pada PRU14.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pelajar yang mengikuti sijil UEC ini mahu menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana yuran penggajian bagi satu kursus adalah murah.

“Sebabnya yuran belajar di IPTA lebih murah berbanding IPTS. Jelas terbukti, mereka mahu sangat masuk IPTA kerana kosnya murah,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau sijil UEC ini diiktiraf, pasti akan ada permohonan daripada pertubuhan lain terutamanya SIJIL GEC A Level yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge di United Kingdom.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");