Membawang Hari Ini

Umno Pasir Mas Tetap Sokong Najib

PASIR MAS – Sokongan penyokong Umno di bahagian Pasir Mas terhadap parti dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berdepan tuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sama sekali tidak luntur.

Ini dibuktikan apabila mereka sanggup bersolidariti menyokong tabung derma dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan ujian ketika ini.

Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ab Ghani Harun berkata, solidariti itu jelas menunjukkan kebersamaan ahli dan pimpinan parti untuk bersama Najib yang pernah menjadi pemimpin nombor satu sebelum ini.

“Tidak salah untuk sama-sama kita menjiwai apa yang sedang berlaku ke atas Najib dan keluarganya ketika ini.

“Sambil menderma, kita turut berdoa agar bekas pemimpin yang kita sayangi ini tabah menghadapi ujian,” katanya selepas melancarkan Tabung Solidariti Bersama Najib di sini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Yahaya Mamat; Ketua Wanita, Rita Sarbanon Ismail; Ketua Pemuda, Noor Hariri Mohamed Noor dan Ketua Puteri, Ummi Habibah Mohd Shaari.

Ab Ghani berkata, tabung berkenaan akan digerakkan ke seluruh cawangan dan akar umbi selama tiga hari bermula semalam oleh ketiga-tiga sayap parti Wanita, Puteri dan Pemuda.

Menurutnya, Umno Pasir Mas tidak meletakkan sebarang sasaran derma bagi tabung berkenaan, sebaliknya ahli bebas untuk menghulurkan sumbangan asalkan ia ikhlas.

“Inilah masanya untuk kita menzahirkan tanda terima kasih kepada Najib dengan berdiri teguh di belakang beliau.

“Mahkamah masih belum buat keputusan dalam isu ini. Jadi marilah kita memberikan sokongan berterusan kepada beliau,” katanya.

Ab Ghani berkata, pihaknya juga akan menggerakkan solat hajat ke seluruh cawangan untuk mendoakan kesejahteraan Najib dan keluarganya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");