Panasnya Hari Ini

Umno Tak Akan Ganti Zahid Dengan Najib

KUALA LUMPUR – Umno memutuskan tidak akan menggantikan posisi Ketua Pembangkang seperti ‘dicadangkan’ oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, parti telah sebulat suara memilih Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pembangkang dan tidak pernah terfikir untuk menggantikannya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita (Umno) dah buat keputusan, pilih Zahid sebagai Ketua Pembangkang.

“Azmin ada hak bercakap, semua boleh bagi cadangan tapi kita dah buat keputusan melalui konsensus lantik Zahid,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Dalam sesi perbahasan titah Diraja, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi meminta penjelasan Zahid berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), namun Najib bangun menjawabnya.

Azmin berkata, jika Zahid tidak boleh menjawab soalan yang diajukan, lebih baik angkat Najib sebagai Ketua Pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");