Panasnya Hari Ini

‘Umno Tak Boleh Tunggu Dan Lihat Saja’

SHAH ALAM – Umno mendakwa Pakatan Harapan akan terus menghakis sokongan rakyat kepada parti itu melalui serangan terhadap pemimpin.

Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ini termasuklah yang terbaharu serangan kepada Presiden Ummo, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kali ini Umno tidak boleh terperangkap dengan permainan politik dendam mereka.

“Kita jangan ambil pendekatan untuk tunggu dan lihat kerana akhirnya ia akan jadi virus dan terus mencarik-carik kepercayaan rakyat malah akar umbi Umno.

“Umno harus menjawab tiap persoalan dengan matang, profesional dan paling utama adalah meyakinkan rakyat dalan tiap tuduhan persepsi mainan pihak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Online.

Katanya, ahli Ummo perlu mencontohi sikap Ahmad Zahid yang menjawab serangan terhadapnya.

“Alhamdulilah, Ahmad Zahid mengambil pendekatan untuk berdepan dan menjawab persoalan agar ia tidak menjadi barah atau virus sebagai serangan pembunuhan karakter yang mereka lakukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi penilaian saya, perkara ini harus kita berikan keutamaan baik dari peringkat pusat hingga peringkat cawangan. Maklumat dan penerangan isu dicipta oleh Harapan harus disalurkan secara ‘real time’ atau secepat mungkin bagi kita menjawab tiap persoalan oleh akar umbi, rakyat mahu pun di media sosial,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");