Jenayah

Wanita Mangsa Penipuan Pinjaman Atas Talian

KUANTAN- Seorang wanita kerugian RM13,754 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan melalui sebuah laman sesawang, kelmarin.

Kakitangan anak syarikat sebuah universiti awam yang berusia 32 tahun itu melayari laman sesawang itu pada 11 Julai lalu untuk mendapatkan pinjaman yang diuruskan seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berurusan dengan lelaki berkenaan untuk mendapat pinjaman RM80,000.

Menurutnya mangsa diarah membuat bayaran proses RM5,600 dan wang jaminan RM8,154 sebelum pinjaman itu diproses.

“Mangsa membuat semua pembayaran melalui perbankan internet kepada satu akaun bank atas nama seorang lelaki dan dijajikan semua wang pinjamannya akan dimasukkan ke akaun banknya semalam.

“Bagaimanapun selepas membuat semakan, mangsa mendapati wang pinjaman tidak masuk ke akaunnya seperti yang dijanjikan lalu membuat laporan polis,”katanya lapor Sinar Harian.

Mohd Wazir berkata, suspek dipercayai menggunakan laman sesawang untuk menawarkan pinjaman mudah yang tidak wujud sebagai modus operandi untuk memperdaya mangsa yang terdesak.

“Laporan polis yang dibuat mangsa antara 21 laporan yang diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam berkait kes tipu,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");