Perak Hari Ini

WCIT 2018 Buka Tirai Hari ini

IPOH:Persidangan Dunia Pemikiran Islam dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 membuka tirainya hari ini dengan persidangan bertemakan Kesenian dan Islam di Hotel Casuarina@Meru di sini.

Forum pertama dibarisi oleh tiga panel iaitu Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya Dr.Zainal Abdul Latif, aktivis teater Kerensa Johnston dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob selaku mederator.

Pelbagai input mengenai seni dan Islam dibincangkan sekitar dua jam sesi itu berlangsung dan para peserta juga tidak melepaskan peluang berkongsi idea dan bertanyakan soalan kepada barisan panel yang berpengalaman yang hadir kali ini.

WCIT 2018 yang dijadualkan berlangsung pada16 hingga 18 Julai ini di Casuarina @ Meru, Ipoh ini bakal menyaksikan pembentangan tema berhubung keselamatan serta keamanan dunia pada masa hadapan (securing the world).

Tema tersebut dipilih agar wujud kesinambungan antara tema-tema terdahulu seperti dunia masa hadapan (future world) yang dibentangkan pada 2016 selain keamanan global (2017).

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan pada esok.

Sementara itu di sekitar ruang legar lokasi acara WCIT 2018 turut diadakan pelbagai pameran menarik antaranya pameran barangan antik daripada koleksi individu.

Turut disediakan pameran buku keagamaan yang disediakan oleh pihak penganjur sepanjang forum ini berlangsung.

WCIT 2018 bakal menampilkan pembentang luar seperti Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Hal Ehwal Komuniti Afrika Timur Uganda, Dr Ally Muwabe Kirunda Kivejinja; Pengasas dan Pengarah Bibliotheca Alexandrina dan Penasihat Perpustakaan Shaikh Al-Azhar Mesir, Prof Dr Ismail Serageldin; Pengarah Institut Wahid Indonesia, Ibu Yenny Wahid; Pengasas Institut Madina Amerika Syarikat dan beberapa tokoh lain menjadikan penganjuran WCIT kali ini amat unik dan bersesuaian dengan tema Securing The Future.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");