Perak Hari Ini

Zahid Hamidi Jadi Presiden: Sampai Kiamat Pun UMNO Tak Kan Berubah

Selepas posting Peraktoday semalam berkaitan pemilihan Presiden UMNO nampaknya apa yang menjadi kegusaran kami benar-benar berlaku. Namun apa boleh buat. Kebebalan anggota UMNO sudah mencapai ke tahap maksima bila mana dimata dan hati mereka hanya bertunjangkan wang daripada perjuangan sebenar.

Rata-rata, masyarakat di peringkat bawahan mendambakan UMNO diterajui oleh tampuk kepimpinan yang lebih segar dan bebas dari politik wang dan membabi buta. Namun, dalam hal ini anggota UMNO masih belum bermuhasabah diri sebaliknya masih berpaksikan wang.

Dengan kemenangan Zahid ini, bagi Peraktoday, ia sekaligus membuktikan anggota UMNO, majoritinya ‘No Eggs’.

Berdasarkan debat diantara ketiga-tiga calon Presiden sudah jelas menunjukkan betapa bodohnya hujah-hujah yang Zahid disampaikan dan tidak disangka-sangka anggota UMNO membuktikan mereka mahu pemimpin seperti itu. Dimana perubahan yang anggota UMNO mahukan kalau masih memilih Zahid sebagai Presiden.

Kami mendapat maklumat bahawa, untuk mendapat kemenangan atau lebih tepat memegang tampuk kepimpinan tertinggi UMNO, Zahid telah menabur sejumlah wang kepada pewakilan.

Wahai ahli UMNO, dimana perjuangan korang? Sampai bila UMNO nak hidup dengan politik wang? Makna kata, orang UMNO ni sampai kiamat pun tak nak berubah ke macam mana ni?

Peraktoday agak hairan kerana selepas kekalahan teruk PRU14, anggota-anggota UMNO kot la terasa nak muhasabah diri. Bertafakur sejenak, sebab apa kalah. Kot sebab Najib pun, kena fikir bagaimana nak perbetulkan kerosakan dalaman parti.

Namun, sangkaan kami meleset. Politik wang memang dah sebati dalam darah perjuangan UMNO. UMNO sekarang perjuangkan nasib Melayu jika Melayu itu ada ‘Wang’.

Sehubungan itu dengan ini rasanya, bolehlah kita anggap UMNO dibawah kepimpinan Zahid bagai menunggu masa untuk mati. Kain Kafan sudah siap tersedia. Matilah UMNO dan jangan pernah wujud lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");