Panasnya Hari Ini

Zahid Tegur Khairy Sambil Bidas Kerajaan

KUALA LUMPUR: Interaksi antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) menyaksikan presiden Umno itu sempat menegur ahli partinya itu sambil membidas kerajaan.

Khairy bangun mencelah ketika Zahid sedang membahaskan titah ucapan Agong dan bertanyakan sama ada presiden Umno itu bersetuju Pakatan Harapan menangani masalah sekarang dengan menyalahkan pentadbiran lepas.

“Ya, saya setuju dengan Rembau supaya jangan salahkan orang lain, termasuk beliau sendiri,” kata Zahid.

“Lakukan perubahan dan terima hakikat, kerana itulah sikap yang harus ada,” tambahnya.

Selepas kekalahannya dalam pemilihan merebut jawatan presiden parti pada 30 Jun lepas, Khairy dalam beberapa muatnaik di Twitter menegur hala tuju partinya.

Pada 12 Julai lepas, Khairy berkata dia tidak bersetuju dengan “manifestasi rasis” yang semakin wujud dalam partinya selepas pemilihan, dan Umno nampaknya masih pekak kepada suara rakyat.

“Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti,” tambahnya.

Sementara itu, Khairy hari ini berkata kerajaan sengaja membengkakkan angka hutang negara supaya dapat menyalahkan pentadbiran lepas tetapi memakan diri sendiri.

“Hakikatnya ini telah menggugat kepercayaan pelabur kepada Malaysia dan menyebabkan angka disebut Bagan Datuk telah menjadi realiti,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");