Perak Hari Ini

131 Sertai Indes 2018

IPOH: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Perak hari ini mengadakan Pertandingan Inovasi, Penciptaan dan Mereka Bentuk peringkat Antarabangsa (Indes) 2018, di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini.

Acara yang sudah memasuki edisi ke-7 penganjuran itu disertai 131 orang peserta daripada kalangan pelajar dan pensyarah daripada institusi pengajian tinggi dalam dan juga luar negara.

Selain wakil-wakil pemain industri dan pakar-pakar tempatan, Indes 2018 juga turut menyaksikan penglibatan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

Acara tersebut juga merupakan platform bagi kesemua peserta terlibat dalam mempersembahkan idea penciptaan dan mereka bentuk masing-masing.

Penganjuran Indes 2018 juga menyaksikan enam tema inovasi yang diketengahkan antaranya ialah ‘Hijau dan Pembangunan Mampan’, ‘Pelancongan dan Kesenian’, ‘Pendidikan’, ‘Keushawanan’, ‘Produk dan Teknologi Berasaskan Pertanian’, serta ‘Inovasi Terhadap Proses Teknologi dan Sistem’.

Acara penutup Indes 2018 yang disempurnakan Timbalan Rektor UiTM Kampur Perak, Dr Nur Hisham Ibrahim petang tadi menyaksikan sembilan hasil inovasi menerima anugerah emas bagi kategori profesional dan ahli akademik.

Bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula 15 hasil inovasi membawa pulang anugerah emas manakala bagi kategori murid sekolah, empat juga berjaya membawa pulang anugerah yang sama.

Turut disaksikan juga penganugerahan kepada hasil-hasil inovasi terbaik mengikut enam tema pertandingan.

Inovasi ‘Cobalt Based Nano- Coating Steel Product Using Electroplating Method’ pula berjaya merangkul ‘Anugerah Berlian’ iaitu anugerah bagi invoasi terbaik secara keseluruhan.

Indes 2018 merupakan acara yang dianjurkan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat Dan Alumni bersama-sama Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Kampus Perak, di Tapah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");