Jenayah

23 Terkorban Dalam Tempoh 24 Jam

NEW DELHI – INDIA. Tanah runtuh dan banjir kilat disebabkan hujan lebat sepanjang malam telah meragut 23 nyawa dalam tempoh 24 jam di negeri Kerala, semalam.

Empat penduduk turut dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras.

Tentera darat serta tentera udara kini bekerjasama dalam misi menyelamat penduduk terperangkap banjir di wilayah Idukki dan Wayanad.

Media tempatan melaporkan angka terkini korban banjir dan tanah runtuh melanda selatan negara itu telah mencecah 70 orang.

Kelmarin, pegawai kaji cuaca meramalkan hujan lebat di wilayah itu selama 48 jam lagi, memaksa pihak berkuasa negeri mengisytiharkan amaran.

Hujan lebat berterusan meningkatkan paras air hingga hampir mencapai kapasiti penuh di dua empangan, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan sejumlah besar air daripada satu daripadanya.

Musim tengkujuh, yang berlanjutan dari Jun hingga September, diketahui jutaan petani India tetapi hujan berterusan menyebabkan kematian dan kemusnahan setiap tahun.

Tahun lalu, musim tengkujuh telah meragut kira-kira 1,200 nyawa lapor Times of India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");