Perak Hari Ini

240 Sukarelawan Bekerjasama Bungkus 100,000 Makanan Untuk Golongan Memerlukan

IPOH:Seramai 240 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Sunways menyertai #sunwayforgood Rise Against Hunger bagi mencapai sasaran 100,000 bungkusan makanan untuk disumbangkan pada golongan yang memerlukan.

Proses yang mengambil masa sekitar lapan jam bermula 10 pagi hingga 6 petang itu berlangsung secara maraton untuk sesi pembungkusan pelbagai makanan berkhasiat.

Pengurus Besar Kanan Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata penganjuran buat kali kelima meneruskan tujuannya untuk membantu golongan memerlukan dan sasaran untuk mencapai satu juta makanan menjelang akhir tahun 2018 sejak inisiatif itu bermula pada 2014.

Program tersebut kataya turut membantu komuniti yang memerlukan di luar negara seperti Kemboja dan Timor Leste.

“Seramai lebih 240 sukarelawan daripada Sunways bekerjasama dalam lapan barisan untuk membungkus makanan yang berkhasiat bertemakan #sunwayforgood Rising Against Hunger bertujuan untuk mengakhiri isu kelaparan melibatkan masyarakat kita.

“Bukan sahaja acara di Ipoh, pembungkusan 100,000 hidangan turut berlangsung di Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang,” katanya selepas menyertai sesi pembungkusan makanan di Hotel Sunway di sini hari ini.

Katanya agihan melibatkan sebanyak 250,000 hidangan kepada golongan miskin di Malaysia 100,000 makanan akan dihantar ke tempat perlindungan dan rumah anak-anak yatim di Kemboja dan selebihnya 150,000 makanan untuk masyarakat pelarian di Timor Leste.

Makanan tersebut akan disalurkan melalui enam NGO Rotary Centennial Club, Johor, Sahabat Orang Asli; Rotary Club KK South, Kota Kinabalu, Sabah: Rotary Club Kuching Sarawak; Misi Jualan untuk Timor Leste dan One2One Kemboja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");