Perak Hari Ini

26 Barangan Rasmi Sukma Perak 2018 Boleh Mula Didapati

IPOH: Lebih 26 jenis barangan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 boleh mula didapati di semua 60 rangkaian gedung sukan terkemuka, Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) di seluruh negara mulai 30 Ogos ini.

Ketua Pemasaran Al-Ikhsan, Mizal Ghazali berkata kecuali bagi gedung Al-Ikhsan cawangan di Ipoh Parade, kesemua barangan tersebut mula dijual hari ini.

Katanya, Al-Ikhsan juga akan turut membuka gerai-gerai jualan di semua 39 vanue acara seperti di Stadium Perak, pada sepanjang penganjuran temasya sukan tahunan itu berlangsung.

Tambah Mizal, semua barangan rasmi Sukma Perak 2018 juga boleh diperolehi secara atas talian menerusi pautan www.shopee.com.my/ALsports bermula 1 September ini.

“Kita ada baju-T berkolar dan baju leher bulat yang mempunyai lapan jenis reka bentuk serta warna yang berbeza-beza.

“Selain itu, kita juga ada barangan lain seperti topi, beg, seluar tracksuit, jaket varsiti dan pelbagai lagi,” katanya.

Ujarnya lagi, patung maskot Sukma Perak 2018, ‘Chor’ dijangka akan menjadi tarikan utama pembeli yang mana ianya boleh didapati bermula dengan harga RM29.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada masjlis serahan replika cek para penaja kepada Sekretariat Sukma Perak 2018 di Pasa Raya Ipoh Parade, dekat sini, pada Rabu.

Ia dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta Ketua Pegawai Eksekutif Suka, Musa Dun.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama Al-Ikhsan menjadi penaja bagi penganjuran acara sukan tahunan tersebut.

Syarikat gedung sukan terkemuka itu juga merupakan penaja pakaian rasmi kepada skuad kontinjen Perak.

Al-Ikhsan yang menyumbang tajaan sebanyak RM3.2 juta itu merupakan antara tiga syarikat yang menjadi penaja pantinum Sukma Perak 2018.

Selain Al-Ikhsan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyumbang tajaan dengan nilai sebanyak RM4.4 juta dan Telekom Malaysia (TM) pula menumbang sebanyak RM3.07 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");