Perak Hari Ini

549 Kes Jenayah Penderaan Seksual Kanak-Kanak

IPOH: Sebanyak 549 kes penderaan seksual kanak-kanak Perak dicatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak bagi tempoh dari tahun 2016 sehingga 31 Julai 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata daripada jumlah tersebut, jenayah rogol menjadi penyumbang angka terbesar apabila mencatatkan 377 kes, diikuti dengan cabul, 152 kes dan liwat pula 20 kes.

Ujarnya, bagi jenayah penderaan fizikal terhadap kanak-kanak pula mencatatkan 254 kes.

Ketika menjawab soalan Khairuddin Abu Hanipah (BN- UMNO Belanja), May Ing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis berkata kerajaan negeri menerusi JKM Perak komited dalam mengambil langkah berterusan bagi membendung dan melindungi kanak-kanak mangsa penderaan.

“Antara langkah yang dijalankan ialah Penguatkuasaan Sistem Perundangan melalui Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016. Mengadakan program-program pencegahan bagi komuniti setempat melalui Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK),” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Tambahnya, JKM akan memperbanyakkan program advokasi bersama pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Daerah dan agensi kerajaan yang lain melalui Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat ‘B.I.J.A.K Safe and Protect’.

Jelas May Ing, semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar juga akan diwajibkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah pencegahan agar tidak berlaku perkara yang tidak dingini seperti penderaan, pengabaian mahupun sebarang jenayah terhadap kanak-kanak di situ.

“Kewajipan pengasuh TASKA menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) yang dijalankan oleh agensi yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");