Panasnya Hari Ini

Anwar Sah Tanding Jawatan Presiden PKR

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding bagi jawatan presiden parti itu setelah borang pencalonannya diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha JPP, Ismail Yusof dengan menyatakan borang Anwar bertanding jawatan Presiden pada 11.15 pagi.

“Kita sahkan JPP terima borang pencalonan Anwar. Setakat ini hanya ada satu calon Presiden,” katanya di Ibu Pejabat PKR, lapor Sinar Online.

Borang pencalonan Anwar dihantar oleh Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin yang hadir sebagai penyokong beliau

Manakala pencadang untuk Anwar bertanding bagi jawatan itu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar sebelum ini secara rasmi menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh pucuk pimpinan PKR bagi merebut jawatan yang kini disandang Wan Azizah.

PKR dijangka akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti bermula Ogos hingga September ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi mengesahkan menghantar borang untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Kedua-dua menghantar borang jam 10.30 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");