Membawang Hari Ini

As’ad Motawh Punyai Hobi Gemar ‘Mengendap’

PETALING JAYA: Penyanyi As’ad Motawh mendedahkan dia sebenarnya gemar ‘menghendap’ para pengikutnya di Twitter.

As’ad, 17, berkata, ia menjengkelkan dirinya apabila akaun yang ingin dilawatinya diletakkan dalam mod privasi dan meminta agar pengikutnya tidak berbuat demikian.

“Saya sebenarnya suka ‘menghendap’ siapa yang mengikut akaun saya. Jadi tolonglah jangan privasikan akaun anda. Ia menjengkelkan saya… Hahaha,” katanya menerusi Twitter lapor Mstar Online.

Untuk rekod, Twitter As’ad mempunyai 16,000 pengikut sejak ia dibuka pada Mac tahun lalu manakala penyanyi itu hanya mengikuti 25 akaun yang kebanyakannya artis antarabangsa.

Di Instagram, As’ad mempunyai 1.1 juta pengikut.

Dalam pada itu, ramai di antara pengikutnya menganggap status berkenaan sebagai lucu selain ada di antara mereka yang tidak percaya As’ad ‘menghendap’ pengikutnya.

Malah ramai yang memberi cadangan agar As’ad meninggalkan komen sekiranya melawat akaun pengikutnya agar mereka tahu dia berbuat demikian.

Boleh la stalking saya. Tapi apalah nak ditengok sebab isinya semua retweet daripada As’ad.

“Alang-alang stalk tu, balas komen sekali As’ad! Atau pun follow balik,” antara komen pengikutnya mengenai status penyanyi itu.

Sementara itu, ramai pengikutnya turut mengakui tidak lagi meletakkan akaun mereka dalam mod privasi selepas membaca status tersebut.

“Harap-harap lepas dah tak private, boleh la As’ad stalk.

“Sebenarnya saya pun hari-hari stalk awak As’ad,” tulis pula pengikutnya yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");