Membawang Hari Ini

Azrel Ismail Mohon Maaf Tiada Niat Hina Orang Asli

PELAKON Azrel Ismail membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata menyentuh kaum Orang Asli ketika membalas komen netizen di laman sosialnya baru-baru ini.

Pengurusnya Roy Idris berkata, pelakon itu mengakui kesilapan dan ia dilakukan tanpa sengaja berikutan rasa marah terhadap kata-kata provokasi yang diterima di laman sosial Twitter.

“Dia sudah membuat permohonan maaf di laman sosial terhadap isu tersebut dan mengaku terlanjur kata kerana berasa terlalu marah.

“Dia tidak berniat untuk menyentuh tentang Orang Asli sebaliknya terdapat provokasi daripada netizen yang menghina bakat dan sifatnya dalam filem Pulang,” ujarnya kepada lapor mStar Online pada Isnin.

Dia diminta mengulas tentang kenyataan pelakon berkenaan yang menyentuh isu perkauman dan mengudang kemarahan netizen di laman sosial.

Bagaimanapun, pelakon itu memadam status berkenaan beberapa jam kemudian serta memuat naik permohonan maaf secara terbuka.

“Hari ini bukan hari yang baik untuk saya. Saya ingin memohon maaf sekali lagi atas kenyataan ke atas Orang Asli dan saya tiada maksudkan apa-apa.

“Saya balas ini dalam keadaan marah dan saya tidak sepatutnya membalas komen itu. Saya meminta maaf sekali lagi kepada semua yang terasa hati,” ujarnya.

Sementara itu, Roy berkata, pelakon tersebut menyedari kesilapannya dan memadam status tersebut dan memuat naik permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang tergores dengan perkara itu.

“Dia rasa bersalah dan satu malam tidak boleh tidur memikirkan perkara itu dan dia muat naik kenyataan maaf ikhlas daripada hatinya.

“Azrel seorang budak yang baik tapi provokasi yang dilakukan individu di laman sosial tersebut mengundang kemarahannya terutama ketika itu dia baru balik dari penggambaran drama,” ujarnya.

Tambah Roy, insiden ini menjadi satu pengajaran buat diri Azrel sendiri agar tidak mudah melenting terutama berada dalam keadaan penat.

Dalam pada itu, ditanya tentang lakonan Azrel yang membawakan watak Omar dalam filem Pulang dikritik netizen, Roy berkata, pengambaran filem tersebut dilakukan dua tahun lalu.

Katanya, ketika itu Azrel baharu sahaja memulakan kerjaya sebagai pelakon dan dia berjaya mendapatkan watak tersebut selepa melalui uji bakat yang dilakukan pihak Grand Brilliance.

Filem Pulang lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah mula ditayangkan pada 26 Julai lalu di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");