Perak Hari Ini

Bajet Kementerian Kesihatan Perlu Dipertingkat, Keutamaan Pada ‘Primary Health Care

IPOH:Timbalan Menteri Kesihatan,Dr Lee Boo Chye berkata kementerian itu memerlukan peruntukan bajet lebih tinggi sekitar 6 hingga 7 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kini.

Katanya peningkatan daripada jumlah terdahulu sekitar 4.5 peratus perlu untuk perancangan jangka masa panjang yang memberi penekanan terhadap penjagaan dan pencegahan (primary health care).

Malah katanya penekanan sepatutnya diberikan kepada pelaksanaan ‘Primary health care’ yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Tetapi perlu diingatkan jika kita tidak menggunakan duit dengan baik kos bagi pengurusan kesihatan akan meningkat dan peruntukan lebih untuk menyedikan lebih perkhidmatan juga tidak berguna.

“Perkhidmatan kesihatan perlu memberi keutamaan kepada golongan memerlukan dan primary care sebagai langkah pencegahan daripada langkah merawat,” katanya selepas menghadiri Neonatal Cardio Respiratory Conference 2018 di KPJ Ipoh hari ini.

Katanya lagi,tempoh pentadbiran setakat ini digunakan untuk memahami masalah orang ramai serta fungsi kementerian.

“Banyak masalah dalam kementerian berkaitan dengan kemudahan sudah lama, projek pembanguan dan perkhidmatan masalah menunggu, kawasan meletak kenderanan yang tidak mencukupi ubat-ubatan.

“Kita berharap keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah selain cadangan insurans buat golongan B40 yang akan dibentangkan di Parlimen kelak,” katanya.

Bagaimanapun berdasarkan ia masih belum boleh dilaksanakan dalam masa terdekat berikutan tahap kewangan dan pemahaman orang ramai megenai fungsi insurans yang belum jelas.

“Lama lagi untuk skim ini boleh dilaksanakan kerana skim ini akan memberi pelindungan kepada B40 tidak perlu bayar perkhidmatan perubatan kerana ditanggung kerajaan manakala insurans rakyat pula berbeza tidak ia tidak dapat dilakukan dalam masa lima tahun.

“Cadangan ini adalah jangka masa panjang kerana setakat ini kedudukan ekonomi belum mencapai tahap itu dan penerimaan terhadap skim juga masih belum jelas,” katanya.

Katanya lagi, dana banyak digunakan untuk rawatan tetapi tidak cukup untuk memastikan rakyat sihat.

“Kita perlu menyediakan peruntukan yang banyak untuk primary care supaya mereka tidak sakit,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengalakkan kerjasama dan perkongsian perkhidmatan antara hospital dan swasta.

“Kekurangan kemudahan di hospital kerajaan boleh diatasi dengan perkongsian bersama pihak swasta malah ia telah berlaku dalam beberapa tahun ini dalam pelbagai bidang seperti radioterapi, ankologi juga dialisis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");