Perak Hari Ini

Bantuan Kepada Maahad Al-Islah Teluk Intan Telah Diserahkan

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengesahkan bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Manik di Teluk Intan yang dilaporkan mengalami kebakaran petang semalam, telah pun diserahkan menerusi pejabat daerah berkenaan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata beliau yang ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam segera mengajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi sejurus mendapat perkhabaran tersebut.

Menurut laporan media, kebakaran yang melibatkan bangunan asrama tiga tingkat di sekolah agama tersebut merupakan kejadian kali kedua dalam tempoh setahun.

Ekoran daripada itu, Ahmad Faizal tidak menolak kemungkinan akan menggesa suatu siasatan terperinci, dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan bagi membendung kejadian itu daripada berulang.

Pada masa sama, beliau turut menggesa agar pihak guru dan ibu bapa sentiasa memantau keadaan keselamatan bangunan di sekolah mahupun asrama-asrama yang menempatkan murid dan anak-anak mereka.

“Ini bukan sahaja melibatkan pusat tahfiz, malah di semua tempat yang berasrama yang kita tempatkan anak kita.

“Pemantauan keselamatan cukup penting. Kalau kita hantar anak kita belajar agama, namun tidak menitikberatkkan soal keselamatan anak kita, ia seolah-olah berlaku kezaliman pada anak kita.

“Saya harap perkara sebegini tidak lagi kita dengar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KPPSM Negeri Perak Ke-43 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");