Perak Hari Ini

Beberapa Projek Akan Dikaji Semula: MB Perak

IPOH:Beberapa projek yang telah diluluskan kerajaan terdahulu akan dikaji semula keperluannya.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi makluman pihak Kerajaan Persekutuan akan meneliti semula projek diluluskan itu bagi memastikan keperluan projek itu diteruskan.

Bagaimanapun katanya projek yang telah dimulakan melebihi 20 peratus kerja berkemungkinan besar akan diteruskan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Korban di Asrama Darul Salam di sini hari ini.

“Hasil makluman awal daripada kerajaan Persekutuan beberapa projek besar yang telah diluluskan akan dikaji semula contohnya projek besar di Bagan Datuk yang menelan belanja RM6 bilion yang akan dikaji semula,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai ibadah korban pada Aidil Adha kali ini dilaksanakan secara meriah di seluruh pelusuk negeri ini.

“Amalan ibadat korban pada hari raya ini dilaksanakan dengan baik dan lancar di Asrama Darul Salam jumlah ibadat korban meningkat iaitu sebanyak 14 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan lapan ekor kambing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");