Berita Hari Ini

Bekas ADUN Direman 5 Hari

ALOR SETAR: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bergelar Datuk direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 60-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, siasatan membabitkan penyalahgunaan dana bagi Program Kayuhan Sadao ke Bukit Kayu Hitam pada 2017.

Suspek diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

NSTP malam tadi, melaporkan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Lelaki bergelar Datuk itu ditahan di pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sumber berkata, bekas ADUN berkenaan dipercayai memohon penggunaan dana itu pada Februari tahun lalu, atas alasan bagi penganjuran sebuah program, namun tidak menggunakan wang itu untuk tujuan berkenaan apabila ia diluluskan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");