Berita Hari Ini

Bekas PM: Duit RM3.5j di PMO Itu Umno Yang Punya

Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang bernilai RM3.5 juta didakwa diambil sekumpulan pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu adalah milik Umno.

Kata bekas presiden Umno itu beliau seakan tidak dapat mempercayai bahawa suspek terbabit tergamak mengambil wang berkenaan selepas mereka diamanahkan menjaganya.

“Saya juga membaca laporan-laporan berita bahawa pihak berkuasa mengakui wang RM3.5 juta itu ialah dana PRU Umno yang berada di bekas pejabat saya serta di luar bilik yang selamat di PMO.

“Kalau pihak berkuasa tahu itu adalah dana Umno, maka mereka juga tentu tahu bahawa RM114 juga yang disita polis di apartmen dulu datan dari bilik selamat dibina Dr Mahathir (Mohamad) di PMO juga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Najib yang sudah melepaskan jawatannya dalam Umno kecuali sebagai ketua bahagian Pekan menambah wang tunai yang dirampas itu dipindahkan secara tergesa-gesa dari PMO ke apartmen terbabit sehari selepas PRU sebelum akhirnya diserahkan kepada presiden baru Umno.

Najib memberikan kenyataan itu sebagai reaksi beliau kepada laporan Malaysiakinisemalan yang memetik sumber mengenai penangkapan 17 pengawal keselamatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan eksklusif itu Malaysiakinimendedahkan, pengawal keselamatan terbabit ditugaskan mengawasi bangunan utama menempatkan PMO di Putrajaya.

Bagaimanapun mereka disyaki melarikan wang berkenaan selepas mengetahui BN kalah.

Suspek yang berusia antara 31 dan 51 tahun kini ditahan reman oleh SPRM. Agensi antirasuah itu juga merampas lebih RM800,000 daripada mereka.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");