Sukan Hari Ini

Belum Terfikir Kilauan Pingat, Fokus Satu Demi Satu – Kim Swee

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak akan memikirkan kilauan pingat Sukan Asia selagi skuad negara belum melepasi saingan peringkat 16 pasukan.

Menurut Kim Swee, tidak dinafikan situasi pasukan negara sekarang amat bagus kerana sudah layak ke pusingan 16 lebih awal, namun ia tidak bermakna telah mara ke suku akhir kejohanan yang kini berlangsung di Indonesia.

Skuad negara sudah mengesahkan ke pusingan ke 16 selepas mencatat dua kemenangan dalam saingan Kumpulan E sebelum ini.

“Masih ada lagi perlawanan bertemu Bahrin petang ini. Selepas itu, dengan Jepun (pusingan 16 pasukan).

“Semua pemain faham bahawa tugas belum selesai. Saya juga percaya pemain-pemain mahukan lebih daripada apa yang dicapai setakat ini,” jelasnya menerusi satu rakaman kepada media, sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Jelas Kim Swee, beliau belum fikir mengenai kilauan pingat selagi belum menempah ke suku akhir.

“Belum terfikir sejauh mana akan pergi. Buat masa sekarang kita fokus satu demi satu perlawanan,” katanya.

Skuad Malaysia akan menamatkan saingan terakhir peringkat kumpulan bertemu Bahrain selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Republik Kyrgyzstan dan menewaskan Korea Selatan 2-1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");