Berita Hari Ini

Cacing Dalam Kepala Udang?

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) percaya objek seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang seperti dalam satu video yang viral, bukanlah cacing seperti didakwa tetapi sebaliknya kelonsong spermatozoa (spermatid) dari udang jantan yang matang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Media Komunikasi Korporat pada Isnin berkata berdasarkan video tersebut pihaknya mendapati spesimen udang itu merupakan spesimen udang laut dari jenis udang putih Penaeus vannamei (white leg shrimp) yang diternak dan merupakan spesies udang ternakan dan produk eksport Malaysia.

“Objek putih seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang tersebut diyakini bukan cacing sebaliknya kelonsong spermatozoa (spermatid) dari udang matang jantan. Sebelum dikeluarkan ianya tersimpan dalam kelonsong yang panjang, mirip kepada bentuk cacing.

“Sperma akan dipindahkan dari udang jantan kepada udang betina semasa proses mengawan. Aktiviti pembiakan aruhan biasanya akan mengeluarkan kelonsong sperma dari spesimen dan membenam kelongsong tersebut kepada spesimen betina,” katanya.

Jabatan Perikanan berkata, berdasarkan kepada slanga bahasa yang digunakan dalam video tersebut, pihaknya percaya video berasal dari luar negara.

“DOF berharap orang ramai tidak kuatir terhadap pengeluaran udang dari sumber akuakultur. Di bawah program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) DOf akan terus meningkatkan pemantauan kualiti ikan/udang di peringkat ladang bagi memastikan hasil ternakan akuakultur adalah bebas dari kesan pencemaran dan selamat untuk di makan,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");