Sukan Hari Ini

De Bruyne Rehat Tiga Bulan

LONDON: Bintang Belgium, Kevin de Bruyne, yang menjadi tonggak Manchester City ketika menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu, terpaksa berehat tiga bulan kerana kecederaan lutut, menurut kelab itu.

Memetik laporan BH Online, pemain tengah berusia 27 tahun itu, yang meledak lapan gol dan melakukan 16 umpanan gol sepanjang musim lalu, tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang dialami ketika latihan kelmarin.

Namun proses pemulihan yang panjang itu menyebabkan dia terlepas perlawanan penting Liga Perdana membabitkan pesaing utama kejuaraan City, Liverpool pada 7 Oktober dan pertemuan tetangga Manchester pada 11 November, serta beberapa perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

“Manchester City mengesahkan Kevin de Bruyne koyak ligamen lateral collateral (LCL) di lutut kanannya,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

“Tiada pembedahan diperlukan dan pemain tengah itu dijangka memerlukan rehat sekitar tiga bulan.”

De Bruyne, yang cemerlang ketika membantu Belgium ke separuh akhir Piala Dunia, mengalami kecederaan sama dalam perlawanan liga menentang Everton pada Januari 2016 yang menyaksikannya berehat dua bulan.

Ketiadaan De Bruyne bagaimanapun bukan masalah besar buat City yang mempunyai deretan pemain untuk mengisi kekosongan itu, antaranya Bernardo Silva, David Silva, Ilkay Gundogan atau pemain remaja Phil Foden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");