Membawang Hari Ini

Derita 2 Tahun Kanser, Penyanyi Azreen Manan Dijemput Ilahi

PETLAING JAYA: Penyanyi era 1990-an Azreen Manan yang menghidap kanser serviks tahap empat meninggal dunia pada Sabtu.

Suaminya yang dikenali sebagai Shah ketika dihubungi memberitahu, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Dalam pada itu, Shah berkata, Allahyarham isterinya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar lapor Mstar Online.

Ketika ini, jenazah masih berada di IKN untuk urusan pengebumian.

Terdahulu dilaporkan Azreen, 41, berada dalam keadaan kritikal selepas kesihatannya merosot sejak dua minggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan, 41, dilaporkan menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

Dia menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.

Untuk rekod, pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Album pertamanya dihasilkan pada tahun 1989 ketika berusia 12 tahun. Antara karya yang menaikkan namanya ialah menerusi lagu Semalam Yang Berlalu.

Azreen pernah mendapat tempat ketiga semasa mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 di Jepun yang mana dalam acara itu, Indonesia, diwakili Krisdayanti mendapat tempat pertama.

Antara filem lakonannya ialah Azizah The Lagend (1993).

Hasil perkahwinan Azreen dengan Tengku Intan, mereka mendapat sepasang anak yang kini berusia 24 tahun dan 21 tahun.

Selepas berpisah dengan Tengku Intan, Azreen berkahwin dengan Shah pada 2011. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");