Membawang Hari Ini

Didakwa Muflis : Elfira Loy Buka Mulut

SETELAH didakwa bakal muflis, selebriti cantik Elfira Loy meluahkan perasaan menerusi satu posting di akaun Instagramnya.

Ujar pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuk sanggup menyebarkan fitnah.

“Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara yang believeable untuk membuat orang percaya kepada fitnah.

“Begitu yakin membentangkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin betul dan salah.

“Persoalannya , kenapa begitu murah hati membuang buang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki?

“Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri,” tulisnya semalam, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Status itu dipercayai bagi memberi reaksi kepada foto pada satu fail notis muflis tertera nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri yang tersebar di laman sosial.

Dalam pada itu, Elfira berkata, setiap ujian yang datang kadang kala hadir untuk mengajar atau menaikkan darjat seseorang di sisi tuhannya.

Katanya lagi, dia hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik.

“Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya.

“Saya , macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik.

Kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan. Jadi lihat,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");