Berita Hari Ini

Eksport Durian Sejuk Beku Bentuk Biji Ke China Tahun Depan

BEIJING – Lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China menyaksikan Malaysia berjaya memeterai satu lagi protokol untuk mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji ke negara itu.

Ini juga merupakan lawatan rasmi kali pertama ke luar negara Datuk Salahuddin Ayub selepas menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada pertengahan bulan Mei lalu.

‘Protokol Keperluan Pemeriksaan dan Kuarantin Pengeksportan Durian Sejuk Beku dari Malaysia ke China’ telah ditandatangani Salahuddin bersama dengan Menteri Pentadbiran Am Kastam China, Ni Yuefeng dan disaksikan oleh Dr Mahathir serta Perdana Menteri China, Li Keqiang di the Great Hall of The People, Beijing, semalam lapor Sinar harian.

Pencapaian ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah Malaysia berjaya mendapatkan laluan pasaran untuk buah nanas secara rasmi pada Mei 2017.

Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi kelulusan laluan pasaran ke China bagi durian sejuk beku dalam bentuk pulp dan paste sejak November 2007.

Bagaimanapun pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruit) yang baru diperolehi ini, Kementerian menjangkakan ia akan bermula pada awal tahun depan.

Bagi memenuhi keperluan protokol yang telah dipersetujui, Malaysia perlu mengemukakan senarai ladang yang memenuhi keperluan Sijil Amalan Pertanian Baik (MyGAP) berserta senarai fasiliti pemprosesan durian dan lain-lain keperluan sebagaimana yang termaktub dalam protokol untuk persetujuan pihak China sebelum pengeksportan boleh dimulakan.Sehingga kini, sebanyak 204 varieti durian telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian (DOA).

12 varieti disarankan untuk ditanam kerana ia mempunyai nilai komersial dan mendapat permintaan tinggi.

6 varieti utama yang mendapat sambutan adalah D24, D160 (Musang Queen), D168 (Hajah Hasmah), D197 (Musang King), D200 (Ochee) dan D99.

Daripada enam varieti utama tersebut, 2 iaitu D197 dan D24 dianggap sebagai varieti premium.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");