Berita Hari Ini

Guan Eng: Runding Semula LRT3 Sebagai Kontrak Harga Tetap, Jimat Kos 47%

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memutuskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dirunding semula sebagai kontrak harga tetap.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia bagi memastikan kos pembinaan projek sepanjang 37km yang menghubungkan Klang dan Petaling Jaya itu, tidak meningkat.

“Ini juga bermakna ‘fee’ 6% di bawah kadar lama kepada rakan pelaksana projek (PDP) tidak wujud lagi.

“Oleh kerana kos pampasan dan bayaran amat tinggi, tender ini tidak dicadang untuk tender semula,” katanya pada sesi menjawab soalan menteri daripada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim menyifatkan langkah itu ialah penyelesaian untuk memastikan situasi menang-menang bagi semua pihak terbabit dan kejayaan besar buat kerajaan Pakatan Harapan kerana berjaya menyelamatkan RM15 bilion.

“Dalam hal ini, kerajaan hanya boleh mengkaji semula supaya kos boleh dikurangkan kerana kita tidak ada pilihan. Kalau kita tak teruskan, LRT3 yang amat diperlukan tidak dapat diwujudkan dan pada masa sama, kerajaan juga perlu membayar pampasan RM4.2 bilion.

“Sebab itu kita gunakan cara jalan tengah, di mana kita tak perlu bayar pampasan, tapi pada masa sama LRT3 diteruskan untuk rakyat Lembah Klang, di samping pengurangan kos sebanyak 47%.

“Bila kita kurangkan (kos) itu, tidak bermakna keberkesanannya akan terjejas, kita akan memastikan ia memenuhi standard piawaian ditetapkan.” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");