Perak Hari Ini

Hak Milik Tanah 999 Tahun: Ada Usaha Cuba Lagakan Pimpinan

IPOH:Kesatuan Minda Angkatan Muda (KeMAM) menyifatkan isu hak milik tanah 999 tahun sedang dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa memikirkan sensitiviti rakyat terutama kaum Melayu.

Pengerusi,Kesatuan Minda Angkatan Muda (KeMAM),Pengkalan Hulu,Dr Ahmad Safwan Mohamad berkata isu perlaksanaan janji manifesto 100 hari sudah berjaya ditangani oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad namun wujud usaha musuh untuk melagakan kepimpinan masih belum berakhir.

Malah tegasnya pimpinan parti komponen perlu menghentikan segala tekanan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan negeri dan kembali kepada meja rundingan.

“Hentikan segala kenyataan yang boleh merumitkan keadaan dan perlu diingat bahawa, kepercayaan rakyat adalah bersifat conditional (bersyarat) dan ia boleh tercabut pada bila-bila masa sahaja.

Terkini, isu perlaksanaan manifesto Perak yang menjanjikan hak milik tanah 999 tahun kepada Kampung Baru sudah semestinya isu tanah tidak disenangi oleh majoriti rakyat terutama berbangsa Melayu, dan sensitiviti ini perlu disantuni sebaiknya oleh pimpinan.

“Isu kritikal sebegini seharusnya diteliti secara terperinci malah Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sudahpun menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan Perak di bawah pimpinannya untuk meneliti isu ini dengan merujuk kepada Majlis Tanah Negara, kerana ia menyentuh perkara yang berkait dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kami memahami pendirian Menteri Besar untuk tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara atas prinsip Keluhuran Perlembagaan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya terdapat pelbagai tafsiran mengenai bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berhubung pemberian Hakmilik Tanah 999 tahun ini, sudah pasti ia memerlukan konsultasi yang akan memakan masa.

“Adalah tidak wajar bagi mana-mana pimpinan memberikan tekanan kepada Menteri Besar atas perkara ini kerana ia melibatkan isu yang sensitif, terutama ketika kerajaan baru sahaja terbentuk dalam jangka masa 100 hari.

“Dalam tempoh yang kurang tiga bulan kerajaan PH Perak dibentuk, pelbagai pencapaian telah dizahirkan berkaitan kebajikan masyarakat, seperti penambahbaikan skim air percuma kepada 26,000 keluarga berpendapatan rendah, pelancaran beberapa projek perumahan mampu milik, penekanan kepada pendidikan, pemantauan lebih ketat aktiviti pembalakan yang mencemar alam sekitar dan sebagainya,”katanya.

Katanya Menteri Besar juga menunjukkan kesungguhan beliau untuk menunaikan janji mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dengan beberapa perjanjian kerjasama syarikat-syarikat berkanun negeri dan pelabur tempatan dan luar negara.

“Kita perlu sedar, bukan mudah untuk menarik pelabur dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini, tetapi kita bersyukur kerana Perak mula mendapat perhatian di kalangan pelabur tempatan dan luar negara.

“KeMAM ingin menyeru seluruh rakyat di negeri Perak, terutama pimpinan parti-parti komponen tetaplah teguh bersama kepimpinan kerajaan PH pada masa ini. Ada perkara yang memerlukan masa yang lebih untuk diselesaikan terutamanya membabitkan isu yang sensitif.

“Kepimpinan memerlukan sokongan yang solid supaya segala agenda mengharmonikan rakyat dapat dilaksanakan dengan licin. Politik yang berlebihan bukan sahaja akan membantutkan pembangunan, bahkan akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kita.

“Kami dengan ini ingin menyatakan sokongan penuh kami kepada kepimpinan Menteri Pesar Perak untuk menyelesaikan isu ini dengan sebaiknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");