Perak Hari Ini

Harap Pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi Tidak Alami Kelewatan

IPOH:Projek pembinaan bangunan baharu Klinik Kesihatan Manjoi diharapkan mampu didirikan mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan.

Adun Manjoi Asmuni Awi berkata projek tersebut yang bermula pada Mac tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun iaitu pada Mac 2020 perlu disegerakan pembinaan mengikut masa yang ditetapkan supaya tidak membebankan mana-mana pihak.

“Klinik kesihatan ini jenis tiga yang bakal dilengkapi dengan kemudahan pergigian menempatkan 15 doktor dan dua doktor pakar untuk memberi khidmat terbaik kepada penduduk Manjoi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan klinik tersebut di sini hari ini.

Katanya lagi, pembinaan klinik tersebut akan memenuhi keperluan penduduk Gugusan manjoi hampir 100,000 orang melibatkan semua peringkat umur.

“Manjoi dahulu penempatan pertama yang tersusun namun berbanding dengan perkampungan tradisi Manjoi adalah adalah perkampungan terawal sekitar tahun 1960 pada ketika itu cukup hebat.

“Namun jika dilihat ketika ini ia jelas ketinggalan dengan dengan kampung tersusun yang lain konsep pembinaan perlu menitikberatkan soal keluasan tanah serta bentuk pembinaan kerana tanah tidak mencukupi,” katanya.

Katanya lagi, kelewatan projek pembinaan klinik kesihatan itu dikhuatiri akan menyusahkan banyak pihak terutama golongan warga emas yang menjadi pesakit utama menerima rawatan di sini.

“Jika berlaku kelewatan ia akan mnimbulkan banyak masalah yang mana kini klinik menggunakan bangunan sementara iaitu dewan orang ramai yang juga telah bocor pada sesetengah tempat malah tidak menanpung jumlah pesakit yang ramai,” katanya.

Katanya berdasarakan peruntukan projek sebanyak RM27 juta itu diharapkan ia dibina mengikut masa yang ditetapkan serta mengambil kira penyediaan tapak meletak kenderaan untuk orang awam kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");