Sukan Hari Ini

Jaringan Rodrigo Nafi Kemenangan Atletico Madrid

ATLETICO Madrid gagal meneruskan kecemerlangan ketika menundukkan Real Madrid untuk menjulang trofi Piala Super Eropah setelah diikat 1-1 oleh Valencia dalam aksi pembukaan LaLiga, awal pagi tadi.

Memetik laporan Stadium Astro, pasukan bimbingan Diego Simeone itu menang 4-2 selepas aksi masa tambahan di Tallinn pada minggu lalu tetapi melepaskan kelebihan satu gol untuk terpaksa berpuas hati dengan satu mata dalam kunjungan ke Mestalla.

Angel Correa memberikan Atletico pendahuluan selepas 26 minit, sebelum Rodrigo Moreno mengikat kedudukan buat Valencia di permulaan babak kedua.

Jaringan Rodrigo itu merupakan gol pertama yang diraih Valencia dalam lima pertemuan liga yang terakhir sewaktu berdepan Atletico.

Valencia muncul antara pasukan paling sibuk dalam jendela perpindahan dan pemain baru, Daniel Wass, hampir memberikan impak awal susulan serangan yang dilakukan dari jarak dekat selepas empat minit permainan.

Diego Costa menjadi pemain pertama yang menghadirkan ancaman bagi pihak Atletico tetapi penjaga go, Neto, merebahkan badan untuk menafikan rembatan kaki kiri penyerang Sepanyol itu dari dalam kotak penalti pada minit ke-15.

Pelawat meledakkan gol pembukaan 11 minit kemudian apabila Antoine Griezmann melakukan hantaran melepasi benteng Valencia dan Correa bijak mengutip bola untuk menewaskan Neto.

Rodrigo mempamerkan reaksi terhadap gol itu, melakukan percubaan dari jarak 20 ela yang melepasi palang gol, namun usahanya berhasil selepas waktu rehat.

Dia menyambut hantaran yang dilakukan ke dalam kotak penalti, mendada bola sebelum melepaskan rembatan padu menerjah jaring gol.

Tidak lama kemudian, kedudukan pasti menjadi 2-1 buat Valencia dan membuatkan Atletico berputih mata sekiranya tandukan Gabriel Paulista hasil daripada sepakan sudut tepat menuju ke sasaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");