Berita Hari Ini

Jemaah Haji Mula Berhimpun Di Makkah

MAKKAH: Seramai dua juta penganut agama Islam berhimpun di Arab Saudi minggu ini bagi menunaikan ibadat haji di tanah suci Makkah.

Musim haji tahun ini sedikit sebanyak memberi sedikit kelainan, serentak dengan beberapa perubahan dilakukan kerajaan Arab Saudi, termasuk membatalkan larangan memandu ke atas kaum wanita.

Musim haji tahun ini dijangka menghimpunkan dua juta jemaah dari seluruh dunia.

Memetik laporan BH Online, bermula semalam, lebih 1.6 juta jemaah telah mula tiba di Arab Saudi bagi menunaikan ibadaT berkenaan yang bermula Ahad ini hingga Jumaat depan.

Ribuan jemaah lagi dilaporkan sudah tiba di sini, kesemuanya dari negara berbeza dan dikenal pasti berdasarkan penggunaan warna tertentu pada beg atau tanda pengenalan masing-masing.

Beberapa jemaah dilihat menolak ahli keluarga masing-masing menggunakan kerusi roda, ada yang membuat panggilan kepada keluarga di tanah air dan ada juga yang membeli aiskrim sebagai penghilang dahaga memandangkan suhu mencecah 40 darjah selsius di tanah suci ketika ini.

Setiap penganut agama Islam diwajibkan menunaikan ibadat haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup jika berkemampuan untuk berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");