Perak Hari Ini

Jerebu: Perak Berada Pada Tahap Sederhana

IPOH: Keadaan jerebu di Perak sehingga jam 12 tengah hari tadi dicatakan berada pada tahap sederhana dengan beberapa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima lokasi iaitu di Taiping, Tasek, Pegoh, Seri Manjung dan Tanjung Malim.

Merujuk kepada bacaan IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), daerah Taiping mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu pada IPU 86.

Bagaimanapun bacaan IPU di Taiping dilihat mengalami penurunan berbanding pada jam 12 tengah malam tadi, yang mencecah bacaan IPU 109 dan ianya juga dilihat pada bacaan IPU tertinggi antara lima lokasi lain, pada waktu yang sama.

Selain itu, di dua lokasi berasingan di sekitar Bandaraya Ipoh pula iaitu di Pegoh, mencatatkan bacaan kedua terendah selepas Taiping iaitu pada bacaan IPU 83 serta diikuti dengan kawasan Tasek pada IPU 74.

Daerah Seri Manjung yang dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk oleh media tempatan semalam juga dilihat beransur pulih apabila IPU daerah tersebut berada pada bacaan 78.

Bacaan IPU di kawasan Tanjung Malim yang berada pada tahap agak baik pula kini mencatatkan bacaan IPU 56.

Sementara itu, merujuk kepada laman sesawang yang sama, sehingga kini tidak ada sebarang titik panas yang dilaporkan berada di negeri ini.

Namun, beberapa kawasan di sekitar daerah Kinta, Perak Tengah, Manjung dan sebahagian di Kuala Kangsar dilaporkan mengalami sedikit peningkatakan suhu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melalukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");