Berita Hari Ini

Jho Low Dakwa Tun M Bohong

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, menyifatkan pemfailan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam kes pemilikan kapal Equanimity sebagai bukti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berbohong dalam isu pemindahan kapal Equanimity dari Indonesia ke Malaysia.

Dia membuat kenyataan itu menerusi peguamnya, yang dihantar melalui firma perhubungan awam Australia, Wells Haslem Mayhew dan dilaporkan sebuah portal berita tempatan sebaik saja DoJ mengemukakan pemfailan terbaru sebagai maklum balas kepada Equanimity Ltd yang menuntut pemilikan kapal layar Equanimity.

Menerusi laporan itu, dia yang lebih dikenali sebagai Jho Low, turut mendakwa Peguam Negara, Tommy Thomas, juga berbohong dalam isu pemilikan Equanimity yang kononnya dipersetujui oleh Amerika Syarikat (AS).

“Kerajaan Malaysia berulang kali menyatakan bekerjasama dengan pihak berkuasa AS dan Indonesia dalam menuntut kapal Equanimity selain memaklumkan kedua-dua negara mengakui Malaysia sebagai pemilik sah kapal layar mewah itu.

“Jadi, pemfailan terbaru DoJ itu bukti bahawa Dr Mahathir berbohong,” katanya.

Malah, portal berita itu turut menyebut bahawa kenyataan Jho Low menunjukkan kerajaan Malaysia sebenarnya ‘mencuri’ kapal berkenaan, sekali gus berbohong mengenai status pemilikannya.

Sebelum ini, DoJ mendakwa bahawa kapal Equanimity dibeli oleh Jho Low menggunakan wang yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Jho Low secara konsisten menafikan dakwaan penyelewengan itu biarpun dia dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia, Singapura, AS serta beberapa negara lain yang turut menyiasat mengenai 1MDB.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");