Perak Hari Ini

Keputusan Diambil Perlu Berhati-Hati, Tidak Tergesa-Gesa

IPOH:Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak menzalimi rakyat sekaligus tidak merosakkan negara.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan kini tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang sebaliknya akan bertindak melaksanakan tindakan yang terbaik buat rakyat.

“Sekarang heboh janji Pakatan Harapan 100 hari di Negeri Perak kita ada manifesto tambahan Pakatan Harapan tetapi tidak menjanjikan 100 hari untuk dilaksanakan seperti Pakatan harapan Pusat kerana bila nak buat sesuatu perkara jangan sampai merosakkan negara.

“Waktu dulu kita lihat itu yang perlu kita buat tetapi bila dalam kerajaan jika buat sekarang akan mendatangkan bahaya pada rakyat jangan buat kerana itu zalim pada rakyat

“Kita tak boleh jadi kerajaan yang zalim pada rakyat, kalau nak buat sesuatu perkara perlu fikir panjang tak boleh terburu-buru bukan hanya telah berjanji mesti buat hari ini juga,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Korban Perdana di Kampung Ulu Kuang di sini hari ini.

Katanya setiap langkah dan tindakan perlu dilakukan secara berhati-hati dan bersedia sepenuhnya.

“Sebagai contohnya jika saya beri air percuma kepada semua rakyat negeri ini maka kita akan hilang perbelnajaan lebih daripada RM80 juta setahun boleh bankrap negeri ini dan pastinya tak boleh membayar gaji pekerja serta mendirikan pembangunan maka ia boleh memudaratkan rakyat jika dilaksanakan.

“Tetapi kita sudah berjanji kita beri kepada golongan sasar pemberian air percuma bagi 25 meter padu pertama namun pemberian ini perlu digunakan sebaik mungkin jangan membazir,” katanya.

Begitu juga dengan isu berkaitan pemberian hak milik kekal kepada penduduk Kampung Baru, Kampung Tersusun dan peneroka FELDA yang memerlukannya membuat keputusan secara berhati-hati dan tidak tergesa-gesa.

“Kita perlu berhati-hati membuat keputusan kerana kita ada tanggungjawab pada rakyat dan bangsa kita jangan membuat keputusan tergesa-gesa.

“Kalau boleh apa sahaja orang mahukun bulan dan bintang jika saya boleh capai saya bagi tetapi ini satu benda yang kita tak boleh buat jika beri pun bintang terbakar termasuk kita namanya zalim jadi berhati-hati apa yang kita lakukan dan saya harapkan sokongan terhadap kerajan negeri supaya dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");