Berita Hari Ini

Kerajaan Belum Muktamadkan Hala Tuju Projek ECRL

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memuktamadkan hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada meneruskannya atau tidak, tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, kerajaan negeri Selangor menentang projek ECRL kerana rangkaian kereta api dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan permohonan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Sekiranya kerajaan bercadang meneruskan projek ini, kajian teliti harus dilaksanakan dari segi persetujuan kerajaan negeri Selangor, skop, spesifikasi dan kaedah pelaksanaan supaya kos keseluruhan projek dapat dikurangkan agar dapat meringankan lagi beban kewangan kerajaan.

“Sekiranya kerajaan bercadang untuk tidak meneruskannya, kemungkinan besar ia akan dirujuk kepada prosedur perundangan bagi menentukan jumlah bayaran pampasan, jika ia perlu dibayar,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu status terkini projek berkenaan dan justifikasi peningkatan kos pembinaan daripada RM55 bilion kepada RM70 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");