Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Pertimbang Cadangan Bina Kompleks Kerajaan Negeri,Kediaman Rasmi Di Meru Raya

IPOH:Pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) agak panas apabila sesi soalan lisan dibuka hari ini berkaitan dengan perancangan pembangunan kompleks kediaman Menteri Besar Perak oleh Adun Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata setakat ini kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri telah dijadikan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak manakala kediaman terdahulu masih digunakan untuk majlis rasmi kerajaan negeri.

Katanya lagi, kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Di Hilir masih digunakan memandangkan pelbagai kemudahan masih baik dan kawasan lapang yang luas.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan pada persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga mempertimbangkan cadangan perancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran di Bandar Meru Raya selepas mengadakan kajian holistik mengenainya.

“Pertukaran kediaman tersebut kerana kawasan itu tidak sesuai lagi untuk dijadikan kediaman rasmi Menteri Besar Perak setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kepesatan pembangunan komersil di kawasan berhampiran.

“Kerajaan negeri telah mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak kediaman itu dengan cadangan pembangunan yang lebih strategik dan menguntungkan selari dengan pembangunan sekitar,” katanya.

Pada sesi tersebut dewan sedikit kecoh apabila adun pembangkang dihalang oleh Speaker Dewan Datuk Ngeh Ko Ham kerana untuk langkah penjimatan masa.

Ahmad Faizal bagaimanapun bersetuju menjawab soalan tambahan Adun Kamunting, Dr Muhd Fadhil Nurudin (PH-AMANAH) menegaskan bahawa perancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran di Bandar Meru kerana terdapatnya pelbagai jabatan dan agensi persekutuan yang telah operasi di kawasan itu.

“Terdapat banyak agensi di situ jadi ia
akan memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan tidak kira agensi persekutuan dan negeri kerana berhampiran.

“Tetapi cadangan ini perlu diperhalusi dan secara holistik untuk dilaksanakan kerana mengambil kira konsep cadangan pembangunan keperluan sosial dan ekonomi serta pengangkutaan awam seperti tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan Putrajaya dahulu,” katanya.

Katanya lagi, cadangan tersebut bukan sahaja melibatkan langkah mendirikan kediaman Menteri Besar tetapi juga termasuk kediaman buat ahli majlis kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri dan Pegawai Kewangan negeri melibatkan sebuah lokasi yang boleh didirikan secara bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");