Perak Hari Ini

Kerajaan PH Perak Tidak Amal Politik Berdendam, Peruntukan Diberi Sama Rata

IPOH:Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Harapan bersikap terbuka dengan cadangan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang supaya mereka diberi peruntukan sama rata.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata cadangan ini akan diteliti dengan mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan kewangan semasa, dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri serta pemakaian peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Malah tegasnya pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini berkata kerajaan kini sama sekali tidak mengamalkan politik berdendam.

“Suka juga saya jelaskan yang kerajaan ini tidak sama sekali mengamalkan politik berdendam atau dengan izin, “vengeance politic” seperti yang dibangkitkan oleh Adun Changkat Jong berhubung dakwaan ADUN Pembangkang tidak dijemput ke dalam program-program rasmi negeri.

“Untuk makluman, Unit Protokol dan Istiadat Setiausaha Kerajaan Perak akan menjemput semua ADUN termasuk Kerajaan dan Pembangkang bagi program rasmi Kerajaan yang tertentu sahaja melibatkan Sambutan Peringkat Negeri Perak contohnya sambutan Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul dan Maal Hijrah

“Bagi lain-lain program rasmi kerajaan pula, contohnya Perasmian Institusi Baru oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, ADUN daerah berkenaan daripada kedua belah pihak akan dijemput manakala bagi program di Istana pula, jemputan adalah ditentukan oleh pihak istana sendiri,” katanya.

Beliau turut membacakan serangkap pantun yang berbunyi “Punya harta lalu dipendam, Harta dipendam di dalam peti,Untuk apa balas dendam,Malah tambah gelisah hati” yang mengundang sorakan persidangan dun hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Pakatan Harapan juga mempunyai perancangan untuk mengiktiraf dan menunjukkan keprihatinan terhadap pembangkang, berbeza dengan pentadbiran terdahulu.

Kerajaan baharu ini juga katanya komited untuk meneruskan peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 kepada setiap 59 Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");