Perak Hari Ini

Komited Tingkatkan Jumlah Tanah Rizab Melayu

IPOH:Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memastikan semua tanah rizab Melayu yang diambil untuk tujuan pembangunan akan digantikan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pelbagai langkah diambil bagi memastikan bilangan tanah mencukupi seperti yang ditetapkan.

“Jumlah semasa keseluruhan tanah rizab Melayu di negeri Perak adalah 970,000 hektar dan jumlah ini adalah 46 peratus dari keseluruhan keluasan negeri Perak iaitu dua juta, satu ratus dan lima ribu hektar (2.1005 juta hektar).

“Jumlah ini masih belum mencukupi untuk memenuhi wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan jumlah tanah rizab Melayu mestilah tidak kurang dari 50 peratus,” katanya

Katanya, antara langkah yang dicadangkan untuk meningkatkan jumlah rizab ini adalah dengan mewartakan semua tanah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Perak termasuk tanah wakaf, tanah masjid, surau dan pejabat agama sebagai tanah rizab Melayu.

Malah tambahnya, langkah ini dijangka akan menambahkan 85,000 hektar tanah jumlah rizab Melayu Perak.

“Kerajaan negeri dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan menambah bilangan tanah rizab ini dengan mengambilalih tanah hutan simpan dan tanah lapang di bawah Seksyen 5 Enakmen Rizab Melayu Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kerajaan negeri turut bercadang menambahbaik perkara ini dengan memastikan proses disegerakan dan memenuhi tujuh kriteria yang telah ditetapkan, khususnya dari aspek keluasan dan memenuhi ciri-ciri tanah rizab yang dibangunkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");