Berita Hari Ini

Kuasa PM Dikurangkan Dengan Jawatankuasa Khas, kata Dr M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kuasa perdana menteri akan dikurangkan dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan menentukan pelantikan ketua audit negara.

Perdana menteri berkata kerajaan juga bercadang menubuhkan jawatankuasa khas lain untuk pelantikan ketua di badan-badan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kerajaan takkan ada campur tangan dalam pemilihan ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet mengenai anti rasuah di Kompleks Perdana Putra hari ini.

“Ini juga bermakna perdana menteri dan kerajaan tak ada kuasa untuk mengenakan, menjatuhkan hukum atau mengambil tindakan menyingkir atau menurunkan pangkat mana-mana pegawai,” katanya.

Dr Mahathir berkata langkah ini bagi mengelakkan campur tangan kerajaan di badan-badan berkenaan.

Mengikut sistem sedia ada, pemilihan ketua audit negara atas nasihat perdana menteri kepada Agong.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");