Perak Hari Ini

Libatkan Lelaki Untuk Atasi Isu Wanita

IPOH:Kerajaan diterajui Pakatan Harapan bersedia melakukan perubahan minda untuk terlibat sama dalam isu berkaitan wanita.

Adun Jalong, Loh Sze Yee berkata langkah melibatkan kaum lelaki dalam isu wanita perlu sebagai satu isu kekeluargaan yang sepatutnya diatasi secara bersama.

Beliau berkongsi cadangan tersebut semasa perbahasan menjunjung titah Diraja Sultan Perak pada istiadat pembukaan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam.

Katanya, kedua-dua pihak perlu bekerjasama malah pihak lelaki seharusnya menjadi sukarelawan mendengar dan membantu golongan wanita.

“Bila kita buat perniagaan adanya ‘push and pull factor’ begitu juga isu wanita jangan hanya ada taska kerana ada perempuan kerja di sini mak perlu menjaga anak sebaliknya sekarang ibu bapa banyak menjaga anak.

“Kita perlu masukkan lelaki ke dalam isu ini iaitu isu kekeluargaan jangan ungkit isu wnaita sahaja.

“Cuti bersalin banyak syarikat tak suka mengaji perempuan bermula umur 28 hingga 30 tahun kerana mereka mahu ambil cuti bersalin kalau lelaki dan perempuan ambil cuti bersalin kerana kelahiran anak sebagainya pastinya macam-macam terjadi,” katanya.

Katanya lagi isu berkaitan wanita sudah berpuluh tahun tidak berubah dan masih ditampuk yang sama.

“Kerajaan Pakatan Harapan bersedia mahu mengubah perubahan minda dan menjadi sukarelawan bagi pihak lelaki mengenai isu wanita supaya ia menjadi sempurna,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");