Perak Hari Ini

Madrasah Idrisiah Hadapi Masalah Penempatan Pelajar Perempuan

KUALA KANGSAR:Pihak pengurusan Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, diminta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah penempatan pelajar perempuan yang tidak mencukupi berikutan bangunan asrama yang musnah 15 peratus dalam kebakaran pada Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata sekiranya satu bangunan tambahan bagi asrama baru yang sedang dalam pembinaan itu siap mengikut jadual pastinya masalah penempatan pelajar perempuan yang terjejas dapat diatasi segera.

“Ada satu bangunan asrama baru tambahan sedang dalam pembinaan dalam iaitu tiga tingkat yang kini dalam proses pembinaan sekitar 30 peratus tetapi dengan polisi yang ada baru-baru ini dan telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu ia perlu dikaji balik maka pembinaan asrama turut terjejas dan ditangguhkan

“Namun ia akan diteruskan semula kerana dasar yang ada sekarang setiap projek yang sudah diluluskan tidak akan dibatalkan cuma mungkin akan dikaji semula melihat kepada harga dan sebagainya.

“Pihak sekolah diminta bersabar dan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk mengesa pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR),Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan supaya jangan melewatkan penanguhan pembinaannya terutama dalam keadaan sekolah berhadapan masalah kritikal iaitu penempatan pelajar puteri yang terjejas kerana kebakaran itu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Madrasah Idrisiah hari ini.

Katanya lagi, sekiranya projek yang dijangka siap pada penhujung tahun ini boleh siap mengikut jadual pastinya akan dapat digunakan oleh para pelajar untuk kemasukan sesi persekolahan awal tahun hadapan.

Mengulas mengenai bangunan yang terjejas jelas Asmuni bangunan boleh dipertimbangkan bagi dibaik pulih atau diruntuhkan untuk pembinaan bangunan baru.

“Pihak sekolah boleh memohon memohon bantuan kepada pihak Kerajaan negeri ini dan setakat ini difahamkan pihak sekolah hanya menerima sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak RM5,000,” katanya.

Katanya, pelbagai cadangan sementara telah dikemukanan pelbagai pihak termasuk pembinaan khemah sementara bagaimanapun lokasi ini melibatkan penempatan pelajar perempuan yang memerlukan pemantauan yang rapi terhadap faktor keselamatan.

“Keadaan paling kritikal ini adalah untuk mengatasi masalah penempatan pelajar perempuan yang terpaksa dipindahkan daripada bangunan tersebut ke tempat lain yang mana melibatkan kos yang tinggi kerana sebahagian mereka terpaksa ditempatkan diluar untuk sementara waktu,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");