Berita Hari Ini

Majikan Wajib Iklan Jawatan Kosong Dalam Portal Jobsmalaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan di syarikat masing-masing dalam portal JobsMalaysia bagi memastikan pekerja tempatan diberi keutamaan berbanding pekerja asing.

Timbalan Menterinya Datuk Mahfuz Omar berkata ia bagi memastikan rakyat tempatan berpeluang memohon jawatan itu sebelum ditawarkan kepada warga asing.

“Berdasarkan rekod, sehingga kini permohonan jawatan kosong oleh pekerja asing yang dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Kementerian Sumber Manusia hanya sekitar 25 hingga 30 peratus sahaja yang mendapat kelulusan.

“Ini menunjukkan kementerian amat prihatin dengan pekerja tempatan serta perkara melibatkan penggajian pekerja asing di mana JTK terlebih dahulu menyiasat jumlah permohonan majikan yang ingin menggaji pekerja asing mengikut keperluan industri,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Bernama

Mahfuz menjawab pertanyaan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) apakah sasaran dan rancangan dalam mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing serta peluang pekerjaan yang disediakan kepada rakyat Malaysia mengikut bidang kerja yang ditawarkan kepada pekerja asing sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");