Berita Hari Ini

Manifesto Bina Rumah Mampu Milik Dicapai Menjelang 2020

GEORGE TOWN – Janji manifesto PRU14 kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina 75,000 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di negeri ini akan dicapai menjelang tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihaknya yakin jumlah itu boleh mencecah 100,000 unit menjelang tahun 2020.

“Dalam tempoh masa 100 hari, kita sudah membina, sedang membina dan akan membina 82,000 unit perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pangsapuri Mutiara Idaman 1, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 165 permohonan merangkumi 269 projek penyelenggaraan unit di bawah Tabung Penyelenggaraan 80:20 bernilai RM24 juta.

Fungsi Tabung Penyelenggaraan 80:20 adalah untuk membantu pembiayaan kos penyelenggaraan melibatkan perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik seperti kerja-kerja menyelenggara lif, tangki air, sistem perpaipan dan bumbung.

Pada majlis itu, Jagdeep turut mengumumkan kelulusan permohonan untuk membaik pulih bumbung di Mutiara Idaman 1 yang telah rosak akibat ribut kencang pada 8 Ogos lepas.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan bumbung pangsapuri tersebut membabitkan RM28,250 dengan 80 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan negeri menerusi Tabung Penyelenggaraan 80:20 dan dijangka siap dalam tempoh satu minggu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");