Membawang Hari Ini

Mat Sentol Masuk Hospital Semula

JOHOR BAHRU: Pelakon veteran, Mat Sentol dimasukkan semula ke hospital, Isnin lalu kerana demam panas, selain disyaki mengalami strok haba.

Mat Sentol atau nama sebenarnya, Abd Rashid Yahaya, 85, juga mengalami tanda demam denggi berikutan kerap demam panas.

Anak keduanya, Roslee Rashid, 56, berkata doktor masih menjalankan pemeriksaan rapi ke atas bapanya dan sekiranya kesihatan memuaskan mungkin dibenarkan pulang ke rumah petang ini atau esok.

“Demam panas ayah sekejap datang dan pergi. Pada Isnin lalu, dia demam panas, kami membawanya ke hospital sebelum ditahan oleh pihak doktor untuk pemeriksaan.

“Doktor hendak periksa lanjut kerana ada kemungkinan dia mengalami strok haba atau mungkin juga denggi.

“Doktor masih menjalankan pemeriksaan rapi, buat ujian darah, air kencing dan sebagainya, jadi saya tidak berani nak maklumkan apa status kesihatannya sekarang ini. Boleh dikatakan demam panasnya tidak menentu.

“InsyaAllah, kalau kesihatannya mengizinkan, petang ini atau esok, doktor benarkan ayah pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk DJ Dave turut meluangkan masa menziarahi Mat Sentol di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mat Sentol pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai lalu sebelum dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");