Perak Hari Ini

MB Yakin Hub Automotif Baru Tanjung Malim Mampu Penuhi Pasaran Asia Tenggara

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menyambut baik usahasama syarikat pemaju hab automotif Tanjung Malim, Mobile Starhill (M) Sdn Bhd dengan beberapa pemain industri komponen automotif di Ningbo, wilayah Zhenjiang, China.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, dengan langkah tersebut, ia dapat merealisasikan rancangan pembangunan hab itu yang bertujuan menyokong perancangan pengeluar syarikat kenderaan China, Geely dengan syarikat automitif tempatan Proton, dalam menerokai pasaran di Asia Tenggara.

Ujarnya beliau yakin dengan kemampuan pembangunan hab automotif di Tanjung Malim itu dalam mengeluarkan sehingga 500,000 unit kenderaan dalam setahun, bagi memenuhi pasaran di rantau ini.

“Saya memberi sokongan penuh kepada usaha ini yang dijangka akan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan baharu khususnya di Tanjung Malim dan seterusnya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri Perak dan Malaysia.

Saya berharap kerjasama ini akan menjadi platform untuk menarik lebih ramai pemain industri komponen automotif dari kalangan 200 ahli Dewan Perniagaan Antarabangsa Komponen Kenderaan Ningbo Yinzhou,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akn memulakan langkah bagi memperkenalkan insentif pengecualian cikai untuk pelaburan strategik dan juga geran untuk latihan teknikal serta, kejuruteraan bagu tempoh lima hingga 10 tahun.

Ahmad Faizal yang kini sedang mengadakan lawatan kerjanya ke China sebentar tadi telah menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara Mobile Starhill yang diwakili Pengerusi Eksekutif Tan Sri Dr Goh Tian Chuan, dengan syarikat-syarikat automotif Ningbo, di sana.

Hadir sama, Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Chai Lida; Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Komponen Automotif Ningbo, He Yeming serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Mohd Ariff Yeop Ishak.

Pada 2 Ogos lalu, Mobile Starhill dan PKNP telah menandatangi perjanjian kerjasama bagi membangunkan Hab Mega Komponen Automotif Bersepadu di Tanjung Malim yang terlatak berhampiran dengan Proton City.

Hab berkeluasan 40.47 hektar yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar mencecah RM7 bilion tersebut akan mengendalikan pengeluaran, pemasangan dan penghantaran sistem serta modul automotif negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");