Berita Hari Ini

Mimos Terajui Pembangunan Kurikulum TVET

KUALA LUMPUR – Mimos Bhd dijangka menerajui pembangunan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kualiti program dan kebolehpasaran lepasan TVET untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, Nurul Izzah Anwar berkata terdapat keperluan mendesak untuk memperbaiki program berkenaan bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

“Untuk kekal berdaya saing dalam Industri 4.0, kita memerlukan masa, pelaburan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu selepas merasmikan Seminar Perindustrian Keempat (4IR): Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di ibu pejabat Mimos hari ini lapor Sinar Harian.

Seminar berkenaan bagi membantu para peserta lebih memahami mengenai hala tuju kerajaan, jangkaan industri dan keupayaan institusi berkaitan dengan TVET.

Nurul Izzah berkata kerajaan akan melihat industri dan institusi penyelidikan untuk menyertai atau mengetuai transformasi TVET.

Sesi town hall akan diadakan untuk membincangkan belanjawan dan pelan induk TVET, katanya dan memaklumkan bahawa peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tahun ini telah dikurangkan kepada RM180 juta daripada RM300 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata lebih banyak buruh mahir diperlukan, dan pada masa yang sama, pengangguran akibat automasi dan kecerdasan buatan, serta kebimbangan terhadap teknologi, perlu ditangani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");