HARARE – ZIMBABWE: Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa diisytiharkan memenangi pilihan raya negara itu, selepas keputusan rasmi diperoleh awal hari ini.
Memetik artikel Sinar Online, Mnangagwa yang juga bekas sekutu Robert Mugabe memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.
Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe mengumumkan Mnangagwa sebagai pemenang.
Terdahulu, keputusan itu dicemari dengan tuduhan pembangkang bahawa berlaku penipuan hingga memaksa pasukan keselamatan mengawal keadaan bagi menghalang tunjuk perasaan.
Kelmarin, sekurang-kurangnya tiga penyokong pembangkang maut semasa membantah keputusan pilihan raya itu di Harare
Komen & Pendapat