Berita Hari Ini

MoF Perlu Ditambah Baik Fungsinya – Daim

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) disenarai tempat pertama oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) sebagai agensi, kementerian atau jabatan dalam kerajaan yang perlu ditambah baik fungsinya.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, ia berdasarkan pemerhatian barisan pakar di dalam MPK yang melihat keperluan itu sepanjang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu bermula 10 Mei lalu.

“Nombor satu adalah Kementerian Kewangan. Mesti bawa wang masuk atau hasil kepada negara.

“Pastikan perbelanjaan tidak membazir…dan tidak boleh ada korupsi,” katanya semasa sidang media di Menara Ilham di sini hari ini lapor Berita Harian.

Bekas Menteri Kewangan sebanyak dua kali itu turut mengingatkan agensi lain supaya tidak mempolitikkan perkhidmatan awam.

Ditanya apakah kementerian lain selain MoF, Daim tidak menamakan sebarang agensi dan hanya mengeluarkan teguran.

“Jangan politikkan perkhidmatan awam,” katanya lagi tanpa mengulas lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");