Perak Hari Ini

Mufti Perak Sokong Tindakan Menteri Arahkan Potret Aktivist LGBT Diturunkan

IPOH:Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyambut baik dan menyokong tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengaku mengarahkan potret aktivist Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diturunkan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata itu adalah satu tindakan berani untuk menyatakanya sekaligus secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam.

“LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan oleh Allah SWT sama ada dilakukan secara terus terang atau sembunyi.

“LGBT juga merupakan perbuatan terkutuk yang meyalahi hak kemuliaan seseorang manusia kerana menafikan hak berhubungan melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf syarak,” katanya.

Katanya perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha untuk menggalakkan dan mengiktiraf perbuatan haram tersebut.

“Saya menyokong sepenuhnya tindakan menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di festivak pameran fotografi diturunkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");